Wednesday, April 28, 2010

Mengapa bahasa ibunda?—Sebab bahasa itu bukan sekadar alat penghantar.

“Anakanda yang lahir dari lututku!
Anakanda aku yang tunggal!
Makin hari makin ringan kau di dalam hatiku.
Rumahku bagaikan rimba yang hilang akar,
Namun masih aku berangan awan di atas langgit takkan terbang.
Ketahuilah anakanda,
Bahawa tubuhku kini berdampingan gua hantu,
Syaitan sering menampil di depan mataku,
Meskipun semangatku masih teguh.
Anakanda yang lahir dari lututku!
Bilakah kau pulang bersama cucuku?
Awan menghilangkan diri setiap hari.
Bila aku bangun setiap pagi,
Lautan di depan mata gugur seperti daun-daun yang jatuh dari pokok.
Aku merenung di atas kerusi yang kau duduk,
Aku adalah senja yang gelap,
Matahari yang bila harus ku tunggu demi kepulangan mu?
Bulan cerah dalam mataku,
Malam akan menjadi siang lagi…..”


Begitulah bunyinya saranan seorang ibu tua orang asli di Pulau Lanyu, Taiwan, kepada anaknya. Ibu tua ini menyanyikan kerinduan beliau dengan bahasa yang kaya dengan perasaan, kepada anak yang berkerja di kota Taipei, agar anak dan cucu pulang ke Lanyu, puak asli mereka. Akhirnya anak menuruti permintaan orang tua, tinggalkan perkerjaan di Taipei dan balik ke pangkuan kampung halaman dan lautan yang tercinta.

Sebagai seorang lelaki yang cukup matang dan sudah mencapai kedewasaan di Lanyu, anak tersebut berkewajipan berdepan dengan cabaran lautan dan melawani ikan todak (sejenis ikan yang menjadi sumber makanan dan juga sumber pendapatan di Lanyu). Sekiranya tangkapan mereka tidak memuaskan pada hari tertentu, seseorang akan berasa susah hati dan mengatakan diri beliau telah “dikalahi oleh lautan malah diketawa oleh ikan todak.”

Begitu juga bagi orang asli di Malaysia, apabila mereka bertutur, bukan sahaja sekadar berkomunikasi tetapi mengukir suatu gambaran yang kaya dengan emosi, simbolik dan metafora. Gambaran itu adalah ciptaan dari kepercayaan, cara kehidupan dan alam semulajadi di sekeliling mereka masing-masing. Dalam usaha menceritakan kepada manusia kota betapa pentingnya sumber alam semulajadi buat mereka, seseorang Penan akan memberitahu bahawa rimba itu tempat jiwa mereka berkerja dan berehat, seseorang Kayan pula akan mengatakan bahawa sungai itu ibubapa dan abang adik mereka.

Maka sekiranya dipersoalkan mengapa bahasa ibunda itu penting kepada sesuatu kaum, bangsa mahupun negara, jawapannya kerana bahasa itu bukan sekadar alat penghantar yang dikatakan “menyatupadukan rakyat”, tetapi jauh lebih kaya daripada itu. Kepelbagaian fungsi bahasa tidak sepatutnya dikongkongi oleh “satu tujuan” yang belum pasti benar hipotisisnya.

Seseorang diperkenal kepada dunia ini sejak masa bayi (malah dalam fetus) lagi melalui bahasa ibunda, mereka berhak terus mempelajari, memperkembangkan dan menyampaikan isihati mereka terhadap segala-galanya dengan bahasa ibunda. Mereka berhak mendengar mitos dan lagenda dari nenek moyang, berhak mengenali nama pokok bunga di sekeliling, berhak menghasilkan karya-karya atau menulis surat cinta, berhak menceritakan cerita dongeng kepada anak-anak, dalam bahasa ibunda. Sekiranya kita mempunyai 45 puak (sub-group) orang asli di Malaysia, ini bermaksud kita mempunyai 45 cara untuk mengenali dunia dari kaca mata puak-puak asli ini. Alangkah indahnya dunia kita dengan kepelbagaian ini!

Bahasa-bahasa ibunda bukan sahaja penting dari segi hak asasi manusia tetapi juga dari segi khazanah budaya. Dalam aspek sastera dan seni pula, mereka merupakan bahan-bahan ataupun sumber-sumber yang begitu penting sekali. Mereka yang memperkayakan identiti negara kita, sekiranya dikaji dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Malangnya bahasa-bahasa orang asli di negara ini tidak pernah dihargai, malah tidak digalakkan warisan atau penyebarannya, sehingga mereka menghadapi kepupusan yang tidak sekali pun diketahui oleh rakyat negara.

Tuesday, April 27, 2010

Tidak Akan Lupa Kau, Tidak Akan Lupa Keadilan

Saya merekabentuk satu risalah bagi Persatuan pegawai-pegawai wakil rakyat pakatan rakyat Selangor, digunakan dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. (Yap Hwa)

Monday, April 19, 2010

Pekerja Migran

Terjemah 2 perenggan daripada artikel "Burung tanpa kaki boleh pergi mana? Apabila Hak Asasi Manusia bertembung dengan kedaulatan negara", tulisan Zhang Wei Jing di merdeka review versi Bahasa Cina. 

"Ahli akademik Michael Walzer berpegang teguh, dengan premis pengagihan keadilan, pekerja tamu (guest worker) harus diserap dalam sistem politik, menjadi rakyat (citizen) teritori tersebut. Beliau berpendapat, kita mempunyai kuasa menentukan siapa patut menjadi 'kita', seterusnya membolehkan komuniti menentukan nasib sendiri. Tetapi, beliau berhujah kita tidak berhak mengetepikan 'yang lain' (other) yang berhidup dalam ruang yang sama, menolak ataupun hanya memberi sebahagian kewarganegaraan kepadanya, malah masih mengisytihakan sendiri sebagai negara demokrasi. Tindakan mengetepikan yang lain ialah penindasan - beliau menafikan kita mempunyai hak menafikan orang lain"

"Komuniti yang sering ditindas oleh kejuruteraan pemodenan negara, orang asli, pemegang kad pengenalan merah yang tidak berjaya mendapatkan kewarganegaraan, pelbagai lapisan kumpulan etnik yang terpaksa berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan, buruh ladang kaum india yang kekurangan kemudahan asas dan gaji dan kebajikan....'Malaysia hanya satu nama', mereka hanya berharap 'dilayan semacam manusia', ia sepatutnya ada saksama tapi pula ada perbezaan, memulihkan semula maruah rakyat yang sepatutnya ada.Bagaimanapun, mereka yang 'tidak ada identiti', 'tidak bersuara', bahkan dianggap pekerja migran yang 'tidak bersejarah'? Konsep 'Negara bangsa' yang membentukkan sempadan, adakah ia rujukan efektif dan satu-satunya apabila kita berfikir dan membangunkan identiti sendiri?"

Yap Hwa

NO UMNO



Bagaimana satu Bangsa membela diri kalau tidak menolak kejahilan
Bagaimana satu Tamadun berkembang kalau tidak menolak budaya biadab
Bagaimana satu Negara maju kalau tidak menolak ketamakan

Kaulah penghalang

Segala kemajuan, perpaduan, perkembangan serta harapan
Dengan penipuan tidak terbilang
Dengan keganasan
Dengan perbuatan terhina……

Sunday, April 18, 2010

Menyaksikan 1 Malaysia

 

Tempat yang paling baik untuk menyaksikan konsep 1 Malaysia ialah waktu penamaan pilihanraya kecil.

Tengok macam mana gangster dan pengganas UMNO menolak penyokong PR dan ingin memukul orang

Tengok polis berdiri di sana tanpa sebarang tindakan

Tengok apabila polis mengasingkan kedua-dua kumpulan penyokong, FRU berbaris didepan PR dan Polis SB berlembut-lembut menasihati penyokong BN di disebelah.

Apakah kesalahan penyokong PR melaungkan slogan dan mengkritik BN di situ secara aman?

Ini boleh menjadi alasan menolak dan memukul orang?

UMNO dan BN langsung tidak memahami apa benda itu demokrasi.

Yap hwa

Tuesday, April 13, 2010

Pembaca (The Reader)

Pak Khalid tanya adakah saya menonton wayang ini untuk tengok badan bogel Kate Winslet.

Saya baru teringat, ya, kate winslet memang bogel badan sekejap dalam wayang ini.

Tetapi yang mendorong saya membeli buku selepas tonton wayang ini ialah topik ini amat menarik saya.


Pelakon lelaki utama, Michael Berg, merupakan generasi selepas perang dunia ke-2 yang terkecewa dengan jenayah genocide terhadap orang Jews, generasi ini mengkritik segala tindakan Nazi dan semua orang yang diam diri semasa Nazi menjalankan genocide, sama ada orang itu ialah ibubapanya. Generasi ini menentang kezaliman Nazi dan mahu menjauhi generasi perang dunia ke-2.


Tetapi seorang perempuan yang Michael cinta pada umurnya 15 dan tidak dapat dilupai, Hanna, Michael terkejut Hanna bekerja sebagai pengawal keselamatan di kem himpunan Nazi pada tahun 1944 dan didakwa di mahkamah kerana mengakibatkan 300 orang perempuan mati dalam satu kebakaran di gereja.

Michael tidak dapat berfikir dan tiba-tiba menjadi "kosong hati" kerana dua perasaan yang menghasilkan konflik dalam hatinya -- seorang yang beliau pernah suka tapi juga terus menyertai pembunuhan Nazi yang beliau amat benci! 

 Semasa perbicaraan mahkamah dijalankan, Michael sebenarnya mempunyai peluang untuk membantu Hanna, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tanggungjawab Hanna dalam tragedi tersebut. Michael mengetahui Hanna tidak dapat membaca dan menulis, sebab Michael membaca buku-buku bagi Hanna setiap kali selepas hubungan seks pada masa dahulu. 

Akan tetapi Michael tidak memaklumkan ini kepada mahkamah, Hanna dipenjarakan sepanjang umur. Keputusan ini dalam satu masa panjang menghantui Michael, beliau tidak boleh memaafkan jenayah Hanna, pada masa yang sama berasa sendiri mengkhianati Hanna.


Novel ini mencerminkan pemikiran dan pergelutan generasi jerman selepas perang dunia ke-2 -- Berasa kecewa dan marah terhadap genocide Nazi, memeluki keadilan dan semangat kritikan, membezakan diri daripada generasi dahulu yang berdosa....


Maklumat lanjutan sila baca sini


Yap Hwa
12-4-2010

Sunday, April 11, 2010

sharing: sebuah lagu dengan lyric indah

"Pergi" oleh Aizat



Ini lagu bagi filem "Talentime",sebuah filem Yasmin Ahmad.Lagu asal dari "I go" oleh Pete Teo, ditulis semula oleh Aizat.

Walaupun ianya sudah lama namun saya masih sukakan lagu ini,sbb lyric indah.

--tey