Monday, March 22, 2010

Mengapa Piliharaya Kerajaan Tempatan?

1. Ahli Majlis memerlukan undi tuan-tuan/puan-puan, pilihanraya kerajaan tempatan memastikan ahli majlis bertanggungjawab kepada (accountable to) pengundi. Tiada pilihanraya kerajaan tempatan, ahli majlis yang dilantik boleh menghiraukan kritikan penduduk meskipun prestasinya kurang memuaskan dan bersikap angkuh.

Dalam sistem perlantikan, penduduk-penduduk tidak ada PILIHAN untuk membuat bandingan dan memilih calon yang lebih baik.

2. Pilihanraya menggalakkan pertandingan, pertandingan akan menghasilkan dasar-dasar kerajaan tempatan yang lebih kreatif, menarik dan berpusat rakyat. Dalam sistem perlantikan, ahli majlis malas berfikir kerana tidak ada tekanan mendorong mereka menambahbaikkan dasar-dasar dan perkhidmatan.

3. Satu kritikan terhadap pilihanraya kerajaan tempatan ialah demokrasi tidak ada kaitan dengan kecekapan (efficiency). Mengadakan pilihanraya tidak semestinya menjadikan kerajaan tempatan kita lebih cekap -- saya tidak setuju.

Demokrasi dan piliharaya akan mengubahkan kebudayaan politik secara keseluruhan, satu sistem demokrasi sehingga peringkat tempatan akan memastikan ahli politik - penggubal dasar - berusaha memberi perkhidmatan yang paling baik kepada penduduk, mereka akan mendisplinkan penjawat awam dan meningkatkan kecekapan dan prestasi bureaukrasi.

Satu contoh yang paling baik ialah, walaupun ahli-ahli majlis di negeri pakatan rakyat masih dihasilkan menerusi sistem perlantikan, tetapi ahli majlis pakatan rakyat terpaksa berbanding sendiri dengan prestasi bekas ahli majlis BN dan menghadapi cabaran dalam pengurusan kewangan kerajaan tempatan.

Kita nampak kerajaan tempatan yang dibawah pentadbiran pakatan rakyat lebih cekap, jimat-cermat dan defisi kewangan telah dikurangkan. Ini adalah kerana sebagai pilihan alternatif dan ingin dipilih semula dalam pilihanraya yang akan datang, pakatan rakyat mesti berusaha memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada BN. Inilah hasil pertandingan dan demokrasi pilihanraya 2008. Dengan logik yang sama, jika pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan, rakyat Malaysia akan menikmati manfaat yang lagi besar. 

Yap Hwa
23.3.10

Selamat datang ke Blog Eksperimen 2010

Esei-esei atau tulisan-tulisan di sini adalah hasil eksperimen sekumpulan penulis dan aktivis untuk menambahbaikkan Bahasa Melayu mereka.

Penyelaras,
Yap Hwa
yaphwa@gmail.com