Wednesday, April 28, 2010

Mengapa bahasa ibunda?—Sebab bahasa itu bukan sekadar alat penghantar.

“Anakanda yang lahir dari lututku!
Anakanda aku yang tunggal!
Makin hari makin ringan kau di dalam hatiku.
Rumahku bagaikan rimba yang hilang akar,
Namun masih aku berangan awan di atas langgit takkan terbang.
Ketahuilah anakanda,
Bahawa tubuhku kini berdampingan gua hantu,
Syaitan sering menampil di depan mataku,
Meskipun semangatku masih teguh.
Anakanda yang lahir dari lututku!
Bilakah kau pulang bersama cucuku?
Awan menghilangkan diri setiap hari.
Bila aku bangun setiap pagi,
Lautan di depan mata gugur seperti daun-daun yang jatuh dari pokok.
Aku merenung di atas kerusi yang kau duduk,
Aku adalah senja yang gelap,
Matahari yang bila harus ku tunggu demi kepulangan mu?
Bulan cerah dalam mataku,
Malam akan menjadi siang lagi…..”


Begitulah bunyinya saranan seorang ibu tua orang asli di Pulau Lanyu, Taiwan, kepada anaknya. Ibu tua ini menyanyikan kerinduan beliau dengan bahasa yang kaya dengan perasaan, kepada anak yang berkerja di kota Taipei, agar anak dan cucu pulang ke Lanyu, puak asli mereka. Akhirnya anak menuruti permintaan orang tua, tinggalkan perkerjaan di Taipei dan balik ke pangkuan kampung halaman dan lautan yang tercinta.

Sebagai seorang lelaki yang cukup matang dan sudah mencapai kedewasaan di Lanyu, anak tersebut berkewajipan berdepan dengan cabaran lautan dan melawani ikan todak (sejenis ikan yang menjadi sumber makanan dan juga sumber pendapatan di Lanyu). Sekiranya tangkapan mereka tidak memuaskan pada hari tertentu, seseorang akan berasa susah hati dan mengatakan diri beliau telah “dikalahi oleh lautan malah diketawa oleh ikan todak.”

Begitu juga bagi orang asli di Malaysia, apabila mereka bertutur, bukan sahaja sekadar berkomunikasi tetapi mengukir suatu gambaran yang kaya dengan emosi, simbolik dan metafora. Gambaran itu adalah ciptaan dari kepercayaan, cara kehidupan dan alam semulajadi di sekeliling mereka masing-masing. Dalam usaha menceritakan kepada manusia kota betapa pentingnya sumber alam semulajadi buat mereka, seseorang Penan akan memberitahu bahawa rimba itu tempat jiwa mereka berkerja dan berehat, seseorang Kayan pula akan mengatakan bahawa sungai itu ibubapa dan abang adik mereka.

Maka sekiranya dipersoalkan mengapa bahasa ibunda itu penting kepada sesuatu kaum, bangsa mahupun negara, jawapannya kerana bahasa itu bukan sekadar alat penghantar yang dikatakan “menyatupadukan rakyat”, tetapi jauh lebih kaya daripada itu. Kepelbagaian fungsi bahasa tidak sepatutnya dikongkongi oleh “satu tujuan” yang belum pasti benar hipotisisnya.

Seseorang diperkenal kepada dunia ini sejak masa bayi (malah dalam fetus) lagi melalui bahasa ibunda, mereka berhak terus mempelajari, memperkembangkan dan menyampaikan isihati mereka terhadap segala-galanya dengan bahasa ibunda. Mereka berhak mendengar mitos dan lagenda dari nenek moyang, berhak mengenali nama pokok bunga di sekeliling, berhak menghasilkan karya-karya atau menulis surat cinta, berhak menceritakan cerita dongeng kepada anak-anak, dalam bahasa ibunda. Sekiranya kita mempunyai 45 puak (sub-group) orang asli di Malaysia, ini bermaksud kita mempunyai 45 cara untuk mengenali dunia dari kaca mata puak-puak asli ini. Alangkah indahnya dunia kita dengan kepelbagaian ini!

Bahasa-bahasa ibunda bukan sahaja penting dari segi hak asasi manusia tetapi juga dari segi khazanah budaya. Dalam aspek sastera dan seni pula, mereka merupakan bahan-bahan ataupun sumber-sumber yang begitu penting sekali. Mereka yang memperkayakan identiti negara kita, sekiranya dikaji dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Malangnya bahasa-bahasa orang asli di negara ini tidak pernah dihargai, malah tidak digalakkan warisan atau penyebarannya, sehingga mereka menghadapi kepupusan yang tidak sekali pun diketahui oleh rakyat negara.

Tuesday, April 27, 2010

Tidak Akan Lupa Kau, Tidak Akan Lupa Keadilan

Saya merekabentuk satu risalah bagi Persatuan pegawai-pegawai wakil rakyat pakatan rakyat Selangor, digunakan dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. (Yap Hwa)

Monday, April 19, 2010

Pekerja Migran

Terjemah 2 perenggan daripada artikel "Burung tanpa kaki boleh pergi mana? Apabila Hak Asasi Manusia bertembung dengan kedaulatan negara", tulisan Zhang Wei Jing di merdeka review versi Bahasa Cina. 

"Ahli akademik Michael Walzer berpegang teguh, dengan premis pengagihan keadilan, pekerja tamu (guest worker) harus diserap dalam sistem politik, menjadi rakyat (citizen) teritori tersebut. Beliau berpendapat, kita mempunyai kuasa menentukan siapa patut menjadi 'kita', seterusnya membolehkan komuniti menentukan nasib sendiri. Tetapi, beliau berhujah kita tidak berhak mengetepikan 'yang lain' (other) yang berhidup dalam ruang yang sama, menolak ataupun hanya memberi sebahagian kewarganegaraan kepadanya, malah masih mengisytihakan sendiri sebagai negara demokrasi. Tindakan mengetepikan yang lain ialah penindasan - beliau menafikan kita mempunyai hak menafikan orang lain"

"Komuniti yang sering ditindas oleh kejuruteraan pemodenan negara, orang asli, pemegang kad pengenalan merah yang tidak berjaya mendapatkan kewarganegaraan, pelbagai lapisan kumpulan etnik yang terpaksa berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan, buruh ladang kaum india yang kekurangan kemudahan asas dan gaji dan kebajikan....'Malaysia hanya satu nama', mereka hanya berharap 'dilayan semacam manusia', ia sepatutnya ada saksama tapi pula ada perbezaan, memulihkan semula maruah rakyat yang sepatutnya ada.Bagaimanapun, mereka yang 'tidak ada identiti', 'tidak bersuara', bahkan dianggap pekerja migran yang 'tidak bersejarah'? Konsep 'Negara bangsa' yang membentukkan sempadan, adakah ia rujukan efektif dan satu-satunya apabila kita berfikir dan membangunkan identiti sendiri?"

Yap Hwa

NO UMNO



Bagaimana satu Bangsa membela diri kalau tidak menolak kejahilan
Bagaimana satu Tamadun berkembang kalau tidak menolak budaya biadab
Bagaimana satu Negara maju kalau tidak menolak ketamakan

Kaulah penghalang

Segala kemajuan, perpaduan, perkembangan serta harapan
Dengan penipuan tidak terbilang
Dengan keganasan
Dengan perbuatan terhina……

Sunday, April 18, 2010

Menyaksikan 1 Malaysia

 

Tempat yang paling baik untuk menyaksikan konsep 1 Malaysia ialah waktu penamaan pilihanraya kecil.

Tengok macam mana gangster dan pengganas UMNO menolak penyokong PR dan ingin memukul orang

Tengok polis berdiri di sana tanpa sebarang tindakan

Tengok apabila polis mengasingkan kedua-dua kumpulan penyokong, FRU berbaris didepan PR dan Polis SB berlembut-lembut menasihati penyokong BN di disebelah.

Apakah kesalahan penyokong PR melaungkan slogan dan mengkritik BN di situ secara aman?

Ini boleh menjadi alasan menolak dan memukul orang?

UMNO dan BN langsung tidak memahami apa benda itu demokrasi.

Yap hwa

Tuesday, April 13, 2010

Pembaca (The Reader)

Pak Khalid tanya adakah saya menonton wayang ini untuk tengok badan bogel Kate Winslet.

Saya baru teringat, ya, kate winslet memang bogel badan sekejap dalam wayang ini.

Tetapi yang mendorong saya membeli buku selepas tonton wayang ini ialah topik ini amat menarik saya.


Pelakon lelaki utama, Michael Berg, merupakan generasi selepas perang dunia ke-2 yang terkecewa dengan jenayah genocide terhadap orang Jews, generasi ini mengkritik segala tindakan Nazi dan semua orang yang diam diri semasa Nazi menjalankan genocide, sama ada orang itu ialah ibubapanya. Generasi ini menentang kezaliman Nazi dan mahu menjauhi generasi perang dunia ke-2.


Tetapi seorang perempuan yang Michael cinta pada umurnya 15 dan tidak dapat dilupai, Hanna, Michael terkejut Hanna bekerja sebagai pengawal keselamatan di kem himpunan Nazi pada tahun 1944 dan didakwa di mahkamah kerana mengakibatkan 300 orang perempuan mati dalam satu kebakaran di gereja.

Michael tidak dapat berfikir dan tiba-tiba menjadi "kosong hati" kerana dua perasaan yang menghasilkan konflik dalam hatinya -- seorang yang beliau pernah suka tapi juga terus menyertai pembunuhan Nazi yang beliau amat benci! 

 Semasa perbicaraan mahkamah dijalankan, Michael sebenarnya mempunyai peluang untuk membantu Hanna, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tanggungjawab Hanna dalam tragedi tersebut. Michael mengetahui Hanna tidak dapat membaca dan menulis, sebab Michael membaca buku-buku bagi Hanna setiap kali selepas hubungan seks pada masa dahulu. 

Akan tetapi Michael tidak memaklumkan ini kepada mahkamah, Hanna dipenjarakan sepanjang umur. Keputusan ini dalam satu masa panjang menghantui Michael, beliau tidak boleh memaafkan jenayah Hanna, pada masa yang sama berasa sendiri mengkhianati Hanna.


Novel ini mencerminkan pemikiran dan pergelutan generasi jerman selepas perang dunia ke-2 -- Berasa kecewa dan marah terhadap genocide Nazi, memeluki keadilan dan semangat kritikan, membezakan diri daripada generasi dahulu yang berdosa....


Maklumat lanjutan sila baca sini


Yap Hwa
12-4-2010

Sunday, April 11, 2010

sharing: sebuah lagu dengan lyric indah

"Pergi" oleh Aizat



Ini lagu bagi filem "Talentime",sebuah filem Yasmin Ahmad.Lagu asal dari "I go" oleh Pete Teo, ditulis semula oleh Aizat.

Walaupun ianya sudah lama namun saya masih sukakan lagu ini,sbb lyric indah.

--tey

Saturday, April 10, 2010

Kritikan terhadap James Puthucheary


Oleh Ng Yap Hwa
(Draf pertama : 10-4-10, Edit : 11-4-10)

Sebuah buku bertajuk “No Cowardly Past : James Puthucheary” (Tiada Dahulu Yang Menakuti) telah diterbitkan dan diperkenalkan pada Mac 2010. James adalah seorang pemimpin mahasiswa dan pemimpin Barisan Sosialis di Singapura dari 1950-an ke 1960-an.

James merupakan salah seorang pengasas kelab sosialis Universiti Malaya di Singapura dan dikategori dalam komuniti Inteligen Pengucap Inggeris (ESI) oleh Cawangan khas. Beliau dipuji dengan satu journal akademik yang dihasilkan apabila dipenjarakan di Changi iaitu “Ownership and control in the Malayan Economy” (Milikan dan kawalan di ekonomi Malaya)

Saya gemar baca esei-esei James Puthucheary khususnya analisis ekonomi serta kelas pada zaman beliau, tulisan beliau pada 1950-an masih mencabar pemikiran dan situasi masyarakat kini.

Hanya satu perkara saya tidak setuju dengan James iaitu pandangan beliau terhadap perjuangan hak kebudayaan etnik minoriti.

Beliau berkata demikian :

“Permintaan hak kebudayaan Cina….ialah enggan diasimilasikan. Satu permintaan yang menerus dan mengukuhkan perpecahan komuniti. Kesalnya dakwaan chauvinistik komuniti ini menyamar sebagai satu prinsip progresif dan berevolusi.” M.S.168

(The demand of Chinese cultural rights…is a refusal to be assimilated. A demand to perpetuate communal fragmentation. The pity of it all is that this chauvinistic communal claim masquerades as a progressive and revolutionary principle)

Beliau berhujah Soviet Union menerima “autonomi kebudayaan” sebagai prinsip untuk menyelesaikan  masalah kenegaraannya. Tetapi Russia bukan sebenarnya setuju prinsip tersebut. Beliau merujuk kepada polemik Stalin dengan bundist yang mengetengahkan teori autonomi kebudayaan untuk merealisasikan tanggapan salah yang diterima oleh marxis tempatan sebagai suatu kebenaran tidak boleh dipertikaikan.

James pula menyangkal hujahan bahawa Malaya harus mencontohi Switzerland yang berbagai-bagai bahasa dan kebudayaan. Alasannya ialah keadaan Malaya berbeza dengan Switzerland yang terdiri daripada daerah-daerah (county) yang wujud pada zaman dahulu. Di Malaya komuniti Cina dan India merupakan migran yang dibawa masuk oleh kerajaan penjajah British.

Saya beranggap James seorang penyokong autokrasi yang tidak memahami keinginan kumpulan etnik untuk mengekalkan kebudayaan mereka. Inilah masalah-masalah semua sosialis yang degil dengan ideologi marxis, hanya menggunakan analisis kelas dan ekonomi untuk memahami semua situasi dan menafikan perspektif lain.

Pemikiran James bahawa komuniti Cina dan India ialah migran adalah begitu sama dengan pemimpin UMNO hari ini umpamanya Ahmad Ismail dan Nasir Safar. Pemikiran ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perpaduan Negara dan hanya akan meneruskan dan mengukuhkan tanggapan orang Cina dan orang India ialah migrant selama-lamanya.

Tujuan menekankan label migran dan sejarah ini ialah untuk memastikan masyarakat pelbagai kaum terus dipisah dan diperintah maka politik perkauman boleh diteruskan. Pada zaman moden ini, kita harus melayan semua warganegara secara saksama dan berhujah sesuata berdasarkan hak kewarganegaraan, bukan memandang balik sejarah dan bertengkar bilakah kumpulan etnik tersebut menjejak tanah Malaya, menjustifikasikan pilih kasih berdasarkan identiti etnik atau warna kulitnya dan mengabaikan hak kewarganegaraan yang saksama, ini adalah satu diskriminasi yang begitu umum dalam masyarakat Malaysia kini.

Konsep “Dominan Melayu” dan “Ketuanan Melayu” yang mengetengahkan bangsa Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada yang lain adalah satu penghinaan kepada perlembagaan Malaysia dan kumpulan etnik lain, ia adalah satu fenomena kemunduran yang menentang trend sejarah iaitu dunia ini menuju ke arah yang lebih saksama dan adil dari suatu abad ke abad baru. 

Ahli Pemikir Thomas Jefferson yang menyediakan deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat menulis bahawa “Kami berpendapat kebenaran ini adalah terbukti dengan sendirinya (Self-evident)”, deklarasi hak asasi manusia sejagat 1948 mengisytihakan ‘semua manusia dilahirkan bebas dan saksama berhubung dengan maruah dan hak-hak’.

Saya ingin membuat deduksi yang seterusnya, berhidup dalam kebudayaan (cara hidup) nenek moyang dan bertutur dalam bahasa ibunda ialah satu hak semulajadi yang “terbukti dengan sendirinya” semua manusia di dunia. Ia tidak wajar dipertikaikan.

Yang harus menjalankan perdebatan ialah adakah wajar merangkumi sekolah berbagai jenis aliran bahasa dalam sistem pendidikan? Sumber pendidikan adalah terhad, dari segi pentadbiran dan pengurusan sumber negara, adakah ini wajar?

Untuk menjawab soalan ini, kita harus mengkaji (A) objektif dan falsafah pendidikan; (B) Keseimbangan di antara negara dan hak individu; (C) Dari segi instrumen adakah berbagai bahasa membawa faedah kepada negara.

Bagi saya, saya percayai falsafah Emmanuel Kant bahawa sumber “baik”(source of good) bukanlah berada di luar subjek manusia, tetapi hanya niat baik (good will) sendiri. Niat baik bertindak daripada tugas yang merujuk kepada undang-undang moral sejagat bahawa manusia berautonomi memberi kepada dia sendiri secara bebas. Undang-undang ini memerlukan seorang melayan humaniti sebagai satu “akhir dalam sendiri” (End in itself) berbanding dengan sebagai jalan (means) individu yang lain.

Dengan ini, manusia adalah objektif sendiri, pendidikan ialah satu proses yang enlighten dan memperkasakan individu, bukan satu-satunya peralatan negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi atau GDP.

Oleh yang demikian, ahli politik tidak harus memandangkan pendidikan ialah satu peralatan bagi perpaduan rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi. Masalah-masalah seperti “perpaduan rakyat dirosakkan” atau “polarisasi pelajar di universiti” adalah satu akibat daripda pelaksanaan politik perkauman dan dasar ekonomi baru.

Kita tidak patut cari kambing hitam tetapi harus mengubati punca masalahnya. Saya percayai rakyat Malaysia boleh berhidup secara aman dalam 3 masyarakat bahasa – Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil – berbeza jikalau politik perkauman dihapuskan pada satu hari nanti.

Dari segi intrumen, masyarakat berbagai-bagai bahasa akan menggalakkan dan menyuburkan diversiti kebudayaan di negara kita. Penguasaan sejenis bahasa baru bermakna kita akan membuka satu dana ilmu baru, membolehkan kita membelajari ilmu dan cara hidup sesuatu kumpulan etnik. Ini adalah selaras dengan ajaran Islam iaitu menggalakkan umat Islam sentiasa mencari ilmu dan membangunkan sendiri.

Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya berpendapat sistem pendidikan berbagai aliran bahasa harus dikekalkan. Kita harus mengubahkan paradigma dari “asimilasi” ke “acculturasi” atau “integrasi”, ini bermakna etnik dominan tidak menjalankan proses asimilasi terhadap etnik minoriti secara paksa, proses “acculturasi” ialah satu proses penyesuaian komuniti migran dengan komuniti asal, pertukaran cara hidup dan budaya akan berlaku secara perlahan-lahan sehingga komuniti migran menyerap sepenuhnya dalam masyarakat besar. Pada ketika itu satu identiti baru kebangsaan akan dilahirkan.

Kita harus memberikan ruang bebas kepada etnik minoriti untuk mempraktikkan pendidikan dengan bahasa mereka, asimilasi semulajadi akan berlaku dalam jangka masa panjang tanpa paksaan dan semua warganegara dilayan secara saksama.

Di Malaysia kita harus menuju ke masyarakat “Multiculturalisma”. “melting pot” dan “negara bangsa” bukan satu jawapan bagi masyarakat majmuk ini. Konsep negara bangsa yang radikal telah mendatangkan “bencana manusia” di Europah misalnya peperangan, genoicide, berdarah, pelarian ke negera lain secara besar-besaran, ia bukan satu konsep yang wajar dicontohi.

Mengapa Bahasa Ibunda?

Oleh : Wong Chun Nam

a.    Bahasa Ibunda sebagai Bahasa Antarabangsa

Pada masa kini, semakin banyak orang asing seperti orang Amerika dan England bergemar mempelajari bahasa cina dan bahasa tamil selain bahasa english.

Hal ini kerana mereka ingin tahu akan tradisi orang cina dan tamil. Mereka selalau berfikir untuk mengkaji tamadun Negara Cina dan Negara India, tetapi kekurangan peluang bertutur dalam bahasa Cina dan Tamil, hasil kajian orang asing amat terhad.  

Oleh yang demikian, orang asing bermula mempelajari bahasa Cina dan Tamil. Selain itu, disebabkan perdagangan antara Negara Cina dan India yang meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat telah bertambah minat orang asing untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil.

Bukti yang kukuh ini telah menunjukkan bahasa Ibunda (bahasa Cina) telah menjadi bahasa antarabangsa.

b.    Bahasa Ibunda sebagai bahasa asas yang paling berkesan

Mengikut Laporan UNESCO, bahasa ibunda adalah bahasa pengasas yang paling berkesan untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak selalu di teman oleh ibu bapa dan pada masa itu, adalah masa emas untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Ibunda daripada ibu bapa mereka.

c.    Bahasa Ibunda sebagai pengerat bangsa 


Dengan penggunaan bahasa Ibunda dalam pergaulan bangsa, bukan sahaja akan mengeratkan hubungan antara bangsa tetapi juga akan menambah kesefahaman bangsa. Hal ini kerana mereka akan bertutur dalam bahasa yang sama dan percakapan mereka ini senang difahami oleh bangsa sendiri dengan itu, keselisihan fahan akan dapat dikurangkan atau diminimakan.

Sekolah Ibunda Bukan Isu Perkauman

Oleh Toh Chin Hong

Pendidikan pelbagai aliran bahasa tidak seharusny diikat pada isu perkauman, malah memperbagaikan pendidikan yang berada, akan menambah daya pertandingan rakyat Malaysia di dalam alam antarabangsa yang kian bertanding.

Bahasa ibunda tidak seharus dipandang hanyalah isu  hak sesuatu kuam sahaja, tetapi merupakan  isu pembangunan negara. Dalam prosess satu dunia ini, sempadan, dan jarak tidak menentang perhubungan penhuni kampung sedunia ini, tetapi Bahasa yang hanya satu-satu faktor yang  manghalang perhubunganan twersebut, maka keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kuam ,akan membantu negara ini cuba tanding dengan negara lain.

Kemunculan negara BRIC , iaitu Brazil , Russian, India dan China ,tambah lagi Indonesia yang dipandang sebagai kuasa kukuh ekonomi masa hadapan, menarik pelabuh – pelabuh datang negara tersebut. Apakah Si pelabuh Malaysia yang dapat mengejar pelabuh lain dalam melabuh negara kelima-lima itu ?  teknologi kita tidak standing dengan Jepun, Korea Selatan , dan Taiwan, industri kewangan kita juga tidak standing dengan Singapura dan Hong Kong .Terjadi apa senjata atau kelebihan Malaysia ini?iaitu hanya bahasa dan budaya .
Meskipun kita sudah tahu kelebihan diri, tetapi malangnya ada golongan yang tegih masih tidak sedar kelebihan tersebut , dan masih menerompong diri dalam perkuaman.

Sekolah pelbagai bahasa  dapat memupuk pakar –pakar yang pelbagai, dan tambah daya saingan negara ini.,terjadi  Malaysia tidak akan terhad pada hanya satu kumpulan pakar.

Rakyat Malaysia terkena dengan fasih dalam banyak bahasa, dan masyarakat yang majmuk, terjadi pakar – pakar Malaysia hangat diambil oleh negar lain , sebagai contoh pakar - pakar Malaysia yang hijrah dalam sebulan telah  tercapai 30 ribu orang, dan jumlah ini dijangka akan naik lagi.

Jika kita menganalisi golongan yang hijrah tersebut, kebanyakan mereka yang berlatar daripada sekolah vernakular, setiap tahun negara jiran kita , khususnya Singapura menarik puluh-puluh ribu pelajar – pelajar sekolah menengah bahasa cina, faktor yang menimbulkan masalah ini disebabkan negara ini tidak dapat mengisikan mereka dalam jawatan yang sesuai.

Kesimpulannya, sekolah ibunda tidaklah hanya masalah perkauman , tetapi juga merupakan masalah daya pesaingan negara ini.

Bahasa ibunda dan indentifikasi bangsa

Terjemah oleh : Wong Kien Meng
Ditulis oleh : Cheng Shang Rong, Kolej JiangSu

Pelajaran Bahasa Ibunda merupakan satu perbincangan mustahak pada pembentukan bahasa dalam isu globalisasi.Globalisasi merupakan satu proses yang serentak dengan pelbagaian yang mencantumkan kebudayaan tempatan.Peningkatan bahasa ibunda merupakan satu usaha memperabatkan kebudayaan  identifikasi satu bangsa.pembentukan indentifikasi ini bukan hanya satu pengenalan diri tapi satu minda yang terbuka(open system)dan prosesnya.Ini memperhatikan asas Bahasa Ibunda,lebih lagi menelitikan cara pertuturan dan penyusulan dengan lebih mendalam maksudnya bahasa ibunda.Ketika mempertingkatkan identifikasi budaya tidak melupakan penyerapan pelbagai kebudayan dan sumbangan untuk matlamat peningkatan kebudayaan manusia.

Isu proses globalisasi menjadi penting

Menurut berita mengenai lebih 10,000 pelajar gagal dalam satu peperiksaan dalam bahasa klasik.Lebih-lebih lagi karangan murid-murid adalah peniruan penyalinan lagu pop.Dan dalam satu pertandingan Hanyu(Bahasa Han),tempat pertama bukannya peserta-peserta tempatan tapi satu rombongan pelajar dari luar negeri.Ini merupakan satu keadaan yang tidak menyenangkan dan juga satu amaran.

sebenarnya perkara-perkara sebegini rupa bukannya suatu fenomena yang tidak teragak.Persoalan fenomena ini boleh dikatakan "panas di luar dan sejuk di dalam".Ramai yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris,tapi membiarkan Bahasa Ibunda sendiri.Masyarakat dan syarikat-syarikat lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai satu bahasa rupa-rupanya lebih dikehendaki orang ramai.Sebaliknya pelajar-pelajar luar negeri begitu minat untuk mempelajari bahasa Han.Mengikut satu perangkaan lebih 30juta orang di luar Negeri China menggunakan Bahasa Han.100 negara dan 2500 buah pengajian tinggi menggunakan Bahasa Han dan juga sekoloh-sekolah rendah juga menuruti trend ini.

Bahasa Inggeris menjadi kuat dan Bahasa Han menjadi lemah bukannya satu fenomena yang tersepi.Globalisasi merupakan punca kejadian sebegini.Setelah globalisasi menjadi isu,suara menentang dan menyokong serentak didengari.Walau bagaimana pendirian kita terhadapnya,globalisasi tetap muncul di perkarangan kita dan berkembang begitu luasnya.Jadi Bahasa Ibunda memang satu isu penting dalam perkembangan globalisai.

Ini patut membawakan satu penelitian yang mendalam.Globalisasi ini pelbagai bentuk dan membawa diversity yang mendalam.Dalam proses globalisasi pelbagai corak penyertaannya,meliputi corak kebudayaan yang tidak sama dan mereka ini tidak sekali seimbang.Jadi globalisasi boleh jadikan satu kuasa monopoli dan juga boleh merekakan satu percatuman pelbagaian kebudayan manusia. Tapi boleh dilihat Bahasa Inggeris merupakan kuasa mutlak dalam pembentukkan ekonomi dan bahasa am.Ini satu percubaan untuk subversikan kedudukan Bahasa Ibunda.Tapi globalisasi bukannya pencorakan sama taraf,glabalisasi adalah serentak dengan penempatan(locali),adanya globalisasi maka adanya penempatan.Ahli Masyarakat Sciens University Boston Peter Berger dalam buku Cultural Diversity in the Contemporary World menunjukkan dalam sejarah kemanusaian tidak satu satu budaya yang boleh memonopoly budaya lain disebabkan budaya itu memerlukan pelbagai nilai budaya(diversity). Satu bahasa muncul,maka lain bahasa akan lesap dan diversity sesuatu budaya akan hilang,ini tidak mencorakkan pelbagaian kebudayan . Sebab pertelingkahan di antara globalisasi dengan usaha penempatan (locali),kami menjumpai tegangan diversity bahasa.William James pernah cakap,tidak ada passion satu pencantuman serupa air kolam yang mati,tidak ada suara yang sama dalam pencantuman ,passion seseorang itu akan hilang.Ini boleh dijadikan satu perhubungan antara globalisasi dengan penempatan.Begitu jelas sekali,usaha mempertingkatkan bahasa ibunda merupakan usaha memperkembangkan kebudayan tempatan,dan juga usaha peningkatan kebudayan tempatan akan memperkembangkan corak globalisasi.Maka usaha untuk melemahkan bahasa ibunda dan pengajarannya merupakan salah faham terhadap globalisasi,ini juga akan menjadikan kebudayan tempatan serupa air kolam yang tidak bergerak.

Dan juga globalisasi menimbulkan identifikasi budaya.Identifikasi budaya merupakan satu percepsi dalam globalisasi.Memang zaman moden semakin membawa corak budaya yang serupa dan umum,globalisasi hanya satu trend yang tidak boleh diendahkan. Tapi jika tidak ada satu pembentukkan untuk penyatuan menjadikan satu bangsa di dunia,ini tetap satu identifikasi yang menimbulkan keresahan dan persamaan.Inilah sebab kenapa kepentigan dalam identifikasi satu kebudayaan dan bahasa dalam bangsa tersendiri, terutamanya dalam era globalisasi.Globalisasi ini tidak perlukan identifikasi tapi usaha untuk identifikasi dalam risiko dan persamaan dalam pembentukan budaya sesuatu bangsa amat diperlukan dan diberjungankan.Dalam proses mengenali nilai budaya tersendiri,penyerapan budaya lain dan memperkuatkan corak budaya sendiri dalam era globalisasi.Jika tidak berusaha untuk peningkatan dan mempelajari nilai budaya luar ,maka kita akan menjadi lemah dan budayanya mungkin lesap.Bahasa ibunda merupakan unsur bangsa dan simbol budaya,dan juga satu lambang kenegaraan.

Ini menunjukkan dalam era globalisasi,bahasa ibunda dalam jalinan identifikasi budaya dan tempatan.Semboyan yang menunjukkan kemerosatan bahasa ibunda bukannya satu penakutan helah,tapi usaha untuk mempertingkatkan pengajaran merupakan satu sokongan dan dorongan ,ini bukannya sesuatu yang tidak berasas.

************************************************************************
Selepas membaca loporan ini saya menimbulkan satu soalan yang begitu tajam.Ia itu, adakah kaum Melayu hanya bangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan begitu juga orang PRC bangga dengan bahasa Han ?Maksud saya bahasa kebangsaan hanya satu usaha untuk penyatuan rakyat sebuah negara tapi,dalam identifikasi bahasa ibunda barulah membawa maksud nilai budaya tersendiri dan mungkin kabungan budaya dekat akan lebih memperkuatkan identifikasi budaya ibunda.Dengan pendek kata,Sesuatu budaya boleh maju bukan kerana mendominasikan budaya lain tapi penilaian bahasa lain dan  budaya lain dengan hati terbuka.Sejarah menunjukkan walaupun Greece dijajah oleh Empayar Rome,tapi bahasa dan falsafah orang Greece begitu meresapi pembentukan Empayar Rome.

Kaum Melayu,Cina dan India merupakan tiga kaum yang mempunyai corak kebudayaan tersendiri yang dibawa sejarah melalui negeri Besar Cina dan India dan juga budaya Melayu berasas di Nusantara .Dengan perhubugan yang erat dan rapat ,dengan tidak rasminya tiga kaum ini selalunya berkongsi bahasa dan memperluaskan penguasaan budaya tersendiri.Dalam konsep globalisasi hanya dengan berkeyakinan dan minda terbuka dalam identifikasi bahasa dan budaya tersendiri barulah boleh menghadapi era globalisasi,begitu juga jika orang Melayu atau orang Cina di dalam dunia ini hanya mengenalkan bahasa mereka sebagai bahasa kebangsaan,maka mereka akan tersingkir atau tidak boleh berdepan dengan pelbagai budaya dan bahasa dalam era globalisasi.

Pendek kata,hanya kita berganding bahu ,menghormati antara satu sama lain barulah boleh mengatasi era globalisai yang boleh menyatukan dunia terkini dan juga sentiasa berniat mendominasi budaya yang lemah dan tidak mempunyai minda yang terbuka untuk percatuman dan penukaran corak budaya.

Akhirnya saya cuba memberi satu pandangan terhadap isu globalisasi dan identifikasi budaya tersendiri,jika kita hendak minum Cola-Cola mungkin kita boleh cakap Coke atau Cola,ini budaya yang jadi umum,tapi jika gunakan I untuk ganti nama saya,adakan itu identifikasi bahasa ibunda yang betul atau sesuai?

Thursday, April 8, 2010

1slogan

Yang beza definasi

Yang beza misi

Yang beza agenda

Yang beza propaganda

Yang barangkali tonjolkan perbedaan, yang tidak diingini

yang harus disembunyi

di belakang 1slogan


--tey

Monday, March 22, 2010

Mengapa Piliharaya Kerajaan Tempatan?

1. Ahli Majlis memerlukan undi tuan-tuan/puan-puan, pilihanraya kerajaan tempatan memastikan ahli majlis bertanggungjawab kepada (accountable to) pengundi. Tiada pilihanraya kerajaan tempatan, ahli majlis yang dilantik boleh menghiraukan kritikan penduduk meskipun prestasinya kurang memuaskan dan bersikap angkuh.

Dalam sistem perlantikan, penduduk-penduduk tidak ada PILIHAN untuk membuat bandingan dan memilih calon yang lebih baik.

2. Pilihanraya menggalakkan pertandingan, pertandingan akan menghasilkan dasar-dasar kerajaan tempatan yang lebih kreatif, menarik dan berpusat rakyat. Dalam sistem perlantikan, ahli majlis malas berfikir kerana tidak ada tekanan mendorong mereka menambahbaikkan dasar-dasar dan perkhidmatan.

3. Satu kritikan terhadap pilihanraya kerajaan tempatan ialah demokrasi tidak ada kaitan dengan kecekapan (efficiency). Mengadakan pilihanraya tidak semestinya menjadikan kerajaan tempatan kita lebih cekap -- saya tidak setuju.

Demokrasi dan piliharaya akan mengubahkan kebudayaan politik secara keseluruhan, satu sistem demokrasi sehingga peringkat tempatan akan memastikan ahli politik - penggubal dasar - berusaha memberi perkhidmatan yang paling baik kepada penduduk, mereka akan mendisplinkan penjawat awam dan meningkatkan kecekapan dan prestasi bureaukrasi.

Satu contoh yang paling baik ialah, walaupun ahli-ahli majlis di negeri pakatan rakyat masih dihasilkan menerusi sistem perlantikan, tetapi ahli majlis pakatan rakyat terpaksa berbanding sendiri dengan prestasi bekas ahli majlis BN dan menghadapi cabaran dalam pengurusan kewangan kerajaan tempatan.

Kita nampak kerajaan tempatan yang dibawah pentadbiran pakatan rakyat lebih cekap, jimat-cermat dan defisi kewangan telah dikurangkan. Ini adalah kerana sebagai pilihan alternatif dan ingin dipilih semula dalam pilihanraya yang akan datang, pakatan rakyat mesti berusaha memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada BN. Inilah hasil pertandingan dan demokrasi pilihanraya 2008. Dengan logik yang sama, jika pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan, rakyat Malaysia akan menikmati manfaat yang lagi besar. 

Yap Hwa
23.3.10

Selamat datang ke Blog Eksperimen 2010

Esei-esei atau tulisan-tulisan di sini adalah hasil eksperimen sekumpulan penulis dan aktivis untuk menambahbaikkan Bahasa Melayu mereka.

Penyelaras,
Yap Hwa
yaphwa@gmail.com