Saturday, April 10, 2010

Mengapa Bahasa Ibunda?

Oleh : Wong Chun Nam

a.    Bahasa Ibunda sebagai Bahasa Antarabangsa

Pada masa kini, semakin banyak orang asing seperti orang Amerika dan England bergemar mempelajari bahasa cina dan bahasa tamil selain bahasa english.

Hal ini kerana mereka ingin tahu akan tradisi orang cina dan tamil. Mereka selalau berfikir untuk mengkaji tamadun Negara Cina dan Negara India, tetapi kekurangan peluang bertutur dalam bahasa Cina dan Tamil, hasil kajian orang asing amat terhad.  

Oleh yang demikian, orang asing bermula mempelajari bahasa Cina dan Tamil. Selain itu, disebabkan perdagangan antara Negara Cina dan India yang meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat telah bertambah minat orang asing untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil.

Bukti yang kukuh ini telah menunjukkan bahasa Ibunda (bahasa Cina) telah menjadi bahasa antarabangsa.

b.    Bahasa Ibunda sebagai bahasa asas yang paling berkesan

Mengikut Laporan UNESCO, bahasa ibunda adalah bahasa pengasas yang paling berkesan untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak selalu di teman oleh ibu bapa dan pada masa itu, adalah masa emas untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Ibunda daripada ibu bapa mereka.

c.    Bahasa Ibunda sebagai pengerat bangsa 


Dengan penggunaan bahasa Ibunda dalam pergaulan bangsa, bukan sahaja akan mengeratkan hubungan antara bangsa tetapi juga akan menambah kesefahaman bangsa. Hal ini kerana mereka akan bertutur dalam bahasa yang sama dan percakapan mereka ini senang difahami oleh bangsa sendiri dengan itu, keselisihan fahan akan dapat dikurangkan atau diminimakan.

No comments:

Post a Comment