Monday, April 19, 2010

Pekerja Migran

Terjemah 2 perenggan daripada artikel "Burung tanpa kaki boleh pergi mana? Apabila Hak Asasi Manusia bertembung dengan kedaulatan negara", tulisan Zhang Wei Jing di merdeka review versi Bahasa Cina. 

"Ahli akademik Michael Walzer berpegang teguh, dengan premis pengagihan keadilan, pekerja tamu (guest worker) harus diserap dalam sistem politik, menjadi rakyat (citizen) teritori tersebut. Beliau berpendapat, kita mempunyai kuasa menentukan siapa patut menjadi 'kita', seterusnya membolehkan komuniti menentukan nasib sendiri. Tetapi, beliau berhujah kita tidak berhak mengetepikan 'yang lain' (other) yang berhidup dalam ruang yang sama, menolak ataupun hanya memberi sebahagian kewarganegaraan kepadanya, malah masih mengisytihakan sendiri sebagai negara demokrasi. Tindakan mengetepikan yang lain ialah penindasan - beliau menafikan kita mempunyai hak menafikan orang lain"

"Komuniti yang sering ditindas oleh kejuruteraan pemodenan negara, orang asli, pemegang kad pengenalan merah yang tidak berjaya mendapatkan kewarganegaraan, pelbagai lapisan kumpulan etnik yang terpaksa berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan, buruh ladang kaum india yang kekurangan kemudahan asas dan gaji dan kebajikan....'Malaysia hanya satu nama', mereka hanya berharap 'dilayan semacam manusia', ia sepatutnya ada saksama tapi pula ada perbezaan, memulihkan semula maruah rakyat yang sepatutnya ada.Bagaimanapun, mereka yang 'tidak ada identiti', 'tidak bersuara', bahkan dianggap pekerja migran yang 'tidak bersejarah'? Konsep 'Negara bangsa' yang membentukkan sempadan, adakah ia rujukan efektif dan satu-satunya apabila kita berfikir dan membangunkan identiti sendiri?"

Yap Hwa

No comments:

Post a Comment