Saturday, April 10, 2010

Kritikan terhadap James Puthucheary


Oleh Ng Yap Hwa
(Draf pertama : 10-4-10, Edit : 11-4-10)

Sebuah buku bertajuk “No Cowardly Past : James Puthucheary” (Tiada Dahulu Yang Menakuti) telah diterbitkan dan diperkenalkan pada Mac 2010. James adalah seorang pemimpin mahasiswa dan pemimpin Barisan Sosialis di Singapura dari 1950-an ke 1960-an.

James merupakan salah seorang pengasas kelab sosialis Universiti Malaya di Singapura dan dikategori dalam komuniti Inteligen Pengucap Inggeris (ESI) oleh Cawangan khas. Beliau dipuji dengan satu journal akademik yang dihasilkan apabila dipenjarakan di Changi iaitu “Ownership and control in the Malayan Economy” (Milikan dan kawalan di ekonomi Malaya)

Saya gemar baca esei-esei James Puthucheary khususnya analisis ekonomi serta kelas pada zaman beliau, tulisan beliau pada 1950-an masih mencabar pemikiran dan situasi masyarakat kini.

Hanya satu perkara saya tidak setuju dengan James iaitu pandangan beliau terhadap perjuangan hak kebudayaan etnik minoriti.

Beliau berkata demikian :

“Permintaan hak kebudayaan Cina….ialah enggan diasimilasikan. Satu permintaan yang menerus dan mengukuhkan perpecahan komuniti. Kesalnya dakwaan chauvinistik komuniti ini menyamar sebagai satu prinsip progresif dan berevolusi.” M.S.168

(The demand of Chinese cultural rights…is a refusal to be assimilated. A demand to perpetuate communal fragmentation. The pity of it all is that this chauvinistic communal claim masquerades as a progressive and revolutionary principle)

Beliau berhujah Soviet Union menerima “autonomi kebudayaan” sebagai prinsip untuk menyelesaikan  masalah kenegaraannya. Tetapi Russia bukan sebenarnya setuju prinsip tersebut. Beliau merujuk kepada polemik Stalin dengan bundist yang mengetengahkan teori autonomi kebudayaan untuk merealisasikan tanggapan salah yang diterima oleh marxis tempatan sebagai suatu kebenaran tidak boleh dipertikaikan.

James pula menyangkal hujahan bahawa Malaya harus mencontohi Switzerland yang berbagai-bagai bahasa dan kebudayaan. Alasannya ialah keadaan Malaya berbeza dengan Switzerland yang terdiri daripada daerah-daerah (county) yang wujud pada zaman dahulu. Di Malaya komuniti Cina dan India merupakan migran yang dibawa masuk oleh kerajaan penjajah British.

Saya beranggap James seorang penyokong autokrasi yang tidak memahami keinginan kumpulan etnik untuk mengekalkan kebudayaan mereka. Inilah masalah-masalah semua sosialis yang degil dengan ideologi marxis, hanya menggunakan analisis kelas dan ekonomi untuk memahami semua situasi dan menafikan perspektif lain.

Pemikiran James bahawa komuniti Cina dan India ialah migran adalah begitu sama dengan pemimpin UMNO hari ini umpamanya Ahmad Ismail dan Nasir Safar. Pemikiran ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perpaduan Negara dan hanya akan meneruskan dan mengukuhkan tanggapan orang Cina dan orang India ialah migrant selama-lamanya.

Tujuan menekankan label migran dan sejarah ini ialah untuk memastikan masyarakat pelbagai kaum terus dipisah dan diperintah maka politik perkauman boleh diteruskan. Pada zaman moden ini, kita harus melayan semua warganegara secara saksama dan berhujah sesuata berdasarkan hak kewarganegaraan, bukan memandang balik sejarah dan bertengkar bilakah kumpulan etnik tersebut menjejak tanah Malaya, menjustifikasikan pilih kasih berdasarkan identiti etnik atau warna kulitnya dan mengabaikan hak kewarganegaraan yang saksama, ini adalah satu diskriminasi yang begitu umum dalam masyarakat Malaysia kini.

Konsep “Dominan Melayu” dan “Ketuanan Melayu” yang mengetengahkan bangsa Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada yang lain adalah satu penghinaan kepada perlembagaan Malaysia dan kumpulan etnik lain, ia adalah satu fenomena kemunduran yang menentang trend sejarah iaitu dunia ini menuju ke arah yang lebih saksama dan adil dari suatu abad ke abad baru. 

Ahli Pemikir Thomas Jefferson yang menyediakan deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat menulis bahawa “Kami berpendapat kebenaran ini adalah terbukti dengan sendirinya (Self-evident)”, deklarasi hak asasi manusia sejagat 1948 mengisytihakan ‘semua manusia dilahirkan bebas dan saksama berhubung dengan maruah dan hak-hak’.

Saya ingin membuat deduksi yang seterusnya, berhidup dalam kebudayaan (cara hidup) nenek moyang dan bertutur dalam bahasa ibunda ialah satu hak semulajadi yang “terbukti dengan sendirinya” semua manusia di dunia. Ia tidak wajar dipertikaikan.

Yang harus menjalankan perdebatan ialah adakah wajar merangkumi sekolah berbagai jenis aliran bahasa dalam sistem pendidikan? Sumber pendidikan adalah terhad, dari segi pentadbiran dan pengurusan sumber negara, adakah ini wajar?

Untuk menjawab soalan ini, kita harus mengkaji (A) objektif dan falsafah pendidikan; (B) Keseimbangan di antara negara dan hak individu; (C) Dari segi instrumen adakah berbagai bahasa membawa faedah kepada negara.

Bagi saya, saya percayai falsafah Emmanuel Kant bahawa sumber “baik”(source of good) bukanlah berada di luar subjek manusia, tetapi hanya niat baik (good will) sendiri. Niat baik bertindak daripada tugas yang merujuk kepada undang-undang moral sejagat bahawa manusia berautonomi memberi kepada dia sendiri secara bebas. Undang-undang ini memerlukan seorang melayan humaniti sebagai satu “akhir dalam sendiri” (End in itself) berbanding dengan sebagai jalan (means) individu yang lain.

Dengan ini, manusia adalah objektif sendiri, pendidikan ialah satu proses yang enlighten dan memperkasakan individu, bukan satu-satunya peralatan negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi atau GDP.

Oleh yang demikian, ahli politik tidak harus memandangkan pendidikan ialah satu peralatan bagi perpaduan rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi. Masalah-masalah seperti “perpaduan rakyat dirosakkan” atau “polarisasi pelajar di universiti” adalah satu akibat daripda pelaksanaan politik perkauman dan dasar ekonomi baru.

Kita tidak patut cari kambing hitam tetapi harus mengubati punca masalahnya. Saya percayai rakyat Malaysia boleh berhidup secara aman dalam 3 masyarakat bahasa – Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil – berbeza jikalau politik perkauman dihapuskan pada satu hari nanti.

Dari segi intrumen, masyarakat berbagai-bagai bahasa akan menggalakkan dan menyuburkan diversiti kebudayaan di negara kita. Penguasaan sejenis bahasa baru bermakna kita akan membuka satu dana ilmu baru, membolehkan kita membelajari ilmu dan cara hidup sesuatu kumpulan etnik. Ini adalah selaras dengan ajaran Islam iaitu menggalakkan umat Islam sentiasa mencari ilmu dan membangunkan sendiri.

Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya berpendapat sistem pendidikan berbagai aliran bahasa harus dikekalkan. Kita harus mengubahkan paradigma dari “asimilasi” ke “acculturasi” atau “integrasi”, ini bermakna etnik dominan tidak menjalankan proses asimilasi terhadap etnik minoriti secara paksa, proses “acculturasi” ialah satu proses penyesuaian komuniti migran dengan komuniti asal, pertukaran cara hidup dan budaya akan berlaku secara perlahan-lahan sehingga komuniti migran menyerap sepenuhnya dalam masyarakat besar. Pada ketika itu satu identiti baru kebangsaan akan dilahirkan.

Kita harus memberikan ruang bebas kepada etnik minoriti untuk mempraktikkan pendidikan dengan bahasa mereka, asimilasi semulajadi akan berlaku dalam jangka masa panjang tanpa paksaan dan semua warganegara dilayan secara saksama.

Di Malaysia kita harus menuju ke masyarakat “Multiculturalisma”. “melting pot” dan “negara bangsa” bukan satu jawapan bagi masyarakat majmuk ini. Konsep negara bangsa yang radikal telah mendatangkan “bencana manusia” di Europah misalnya peperangan, genoicide, berdarah, pelarian ke negera lain secara besar-besaran, ia bukan satu konsep yang wajar dicontohi.

No comments:

Post a Comment