Tuesday, April 13, 2010

Pembaca (The Reader)

Pak Khalid tanya adakah saya menonton wayang ini untuk tengok badan bogel Kate Winslet.

Saya baru teringat, ya, kate winslet memang bogel badan sekejap dalam wayang ini.

Tetapi yang mendorong saya membeli buku selepas tonton wayang ini ialah topik ini amat menarik saya.


Pelakon lelaki utama, Michael Berg, merupakan generasi selepas perang dunia ke-2 yang terkecewa dengan jenayah genocide terhadap orang Jews, generasi ini mengkritik segala tindakan Nazi dan semua orang yang diam diri semasa Nazi menjalankan genocide, sama ada orang itu ialah ibubapanya. Generasi ini menentang kezaliman Nazi dan mahu menjauhi generasi perang dunia ke-2.


Tetapi seorang perempuan yang Michael cinta pada umurnya 15 dan tidak dapat dilupai, Hanna, Michael terkejut Hanna bekerja sebagai pengawal keselamatan di kem himpunan Nazi pada tahun 1944 dan didakwa di mahkamah kerana mengakibatkan 300 orang perempuan mati dalam satu kebakaran di gereja.

Michael tidak dapat berfikir dan tiba-tiba menjadi "kosong hati" kerana dua perasaan yang menghasilkan konflik dalam hatinya -- seorang yang beliau pernah suka tapi juga terus menyertai pembunuhan Nazi yang beliau amat benci! 

 Semasa perbicaraan mahkamah dijalankan, Michael sebenarnya mempunyai peluang untuk membantu Hanna, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tanggungjawab Hanna dalam tragedi tersebut. Michael mengetahui Hanna tidak dapat membaca dan menulis, sebab Michael membaca buku-buku bagi Hanna setiap kali selepas hubungan seks pada masa dahulu. 

Akan tetapi Michael tidak memaklumkan ini kepada mahkamah, Hanna dipenjarakan sepanjang umur. Keputusan ini dalam satu masa panjang menghantui Michael, beliau tidak boleh memaafkan jenayah Hanna, pada masa yang sama berasa sendiri mengkhianati Hanna.


Novel ini mencerminkan pemikiran dan pergelutan generasi jerman selepas perang dunia ke-2 -- Berasa kecewa dan marah terhadap genocide Nazi, memeluki keadilan dan semangat kritikan, membezakan diri daripada generasi dahulu yang berdosa....


Maklumat lanjutan sila baca sini


Yap Hwa
12-4-2010

1 comment:

  1. Saya amat tertarik hati juga dengan filem ini,tapi apa yang pelik ialah, bahagian yang paling memikat hati saya dalam filem ini bukannya latar politik dalam cerita ini,tetapi characteristic Hanna yang begitu unik dan tersendiri.Begitu juga dengan keinginan beliau terhadap buku dan pengetahuan sastera.

    Apa yang membezakan seseorang dari orang yang lain dalam latar belakang satu-satu zaman yang bergelora? selain drpd keupayaan utk menegakkan kebenaran dan keadilan (yang mana Hanna tiada),tetapi juga keistimewaan karektor (yang mana Hanna memperolehi dan jauh lebih kuat drpd orang lain bahkan Michael).Barangkali ini yang membuat Michael rasa teruntang dgn Hanna.

    Mungkin sdr boleh juga mencatatkan beberapan ayat/perenggan yang menarik utk kami supaya pembaca berminat terhadap buku ini.

    ReplyDelete